Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos tampil untuk menawarkan dirinya sebagai calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menjelang pemilihan tertinggi UMNO akan datang.
Jamal dalam pada itu turut mencadangkan supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim dicalonkan selaku presiden UMNO berikutan fenomena perpecahan bangsa Melayu yang kian berlarutan.
"Saya yakin dan percaya jika cadangan saya diterima hanya Anwar Ibrahim sahaja yang mampu untuk menyatupadukan kembali orang-orang Melayu dan rakyat keseluruhan di dalam negara Malaysia kerana politik yang keterlampauan," katanya dalam satu kenyataan melalui pesanan suara kepada wartawan Watan-Online pada Sabtu.
Manakala menurut Jamal, calon bagi jawatan Timbalan presiden harus diberikan kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Timbalan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Perpecahan bangsa Melayu adalah perkara yang amat dititikberat oleh UMNO dimana perpaduan itu mampu dilaksanakan dengan adanya pemimpin yang tepat.
"Dahulunya Anwar Ibrahim dari keluarga kita, timbalan presiden parti. Kita sedia maklum apa yang berlaku dan yang lebih penting bagi saya, beliau telah mendapat pengampungan penuh daripada Yang di-Pertuan Agong,"katanya.
Sumber : WatanOnline
http://watan-online.com/jamal-cadang-anwar-calon-presiden-umno/
http://watan-online.com/jamal-cadang-anwar-calon-presiden-umno/
No comments:
Post a Comment