Friday, 22 June 2018

JAMAL UCAP SELAMAT BERSIDANG KEPADA PERWAKILAN PEMUDA CAWANGAN SELURUH MALAYSIA.

Selamat Bersidang kepada semua perwakilan-perwakilan Pemuda UMNO cawangan seluruh Malaysia. Ucapan tersebut di buat di laman facebook beliau semalam.


Jamal yang bertanding sebagai calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dengan no calon 06 akan teruskan perjuangan UMNO sebagai pembangkang. Mandat perwakilan Pemuda seluruh Malaysia yang di diberikan kepadanya akan di jadikan satu wadah dan pegangan perjuangan untuk UMNO bangkit selepas ini sebagai pembangkang.



Saya memohon semua perwakilan-perwakilan daripada 22,000 cawangan seluruh negara menyokong untuk saya bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, pada pemilihan parti 23 Jun ini.

Saya menawarkan diri bertanding bagi perubahan UMNO yang lebih baik. Ia bagi membantu pucuk pimpinan serta Presiden parti dalam usaha baikpulih semula UMNO sebagai satu wadah perjuangan umat Islam, Bumiputera dan bangsa Malaysia keseluruhannya.

UMNO sebagai parti terbesar mesti kekal berintegriti, berwibawa dan menjadi pembangkang yang berani, tegas serta tegar membela Islam, Bumiputera, kedaulatan Raja-Raja, perlembagaan dan keluhuran undang-undang.


Parti UMNO harus dipertahankan, pendekatan dan amalan wajib berubah demi menyakinkan rakyat bahawa UMNO masih sebuah parti yang kuat dan di senangi semua rakyat. 

Rakyat yakin UMNO akan bangkit semula untuk mengambil alih kerajaan pada PRU 15 jika pemimpin-pemimpin UMNO sedia berubah dan membuat perubahan dan pembaharuan kerana selama ini UMNO lah yang banyak membantu menjaga kebajikan rakyat.



#PEMILIHAN UMNO 2018

Assalamualaikum dan Salam Perjuangan buat semua perwakilan-perwakilan Pemuda UMNO seluruh Malaysa.

NO. CALON : ( 06 )
#CALON KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA.

Terima Kasih Sokongan para perwakilan-perwakilan Pemuda UMNO dan sahabat UMNO seluruh Malaysia.
#DSJY4KPUM

1. Berbekalkan semangat kepimpinan dan kebijaksanaan, saya dengan penuh rasa yakin nekad untuk memimpin barisan tertinggi jentera pemuda UMNO yakni Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

2. Keputusan saya ini mempunyai kekuatan dan alasan yang kukuh untuk mengembalikan semangat perjuangan pemuda UMNO bagi memastikan jentera ini lebih bertenaga dari generasi ke generasi akan datang.

3. Pemuda masa kini harus dibentuk dengan didikan yang lebih berani, berprinsip dan berdisiplin dan tidak melupakan asas perjuangan nenek moyang kita dalam UMNO sejak dahulu lagi.

4. Memandangkan pertandingan ini adalah secara terbuka, memilih untuk menjadi calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO ini bukanlah satu niat untuk menyangkal lawan bagi jawatan yang sama mahupun yang lebih berpengalaman, kerana masing-masing mempunyai kelebihan tertentu.

5. Saya berikrar untuk memberi sepenuh komitmen bersama rakan-rakan seperjuangan dan para jentera pemuda untuk mengangkat serta menzahirkan keteguhan nama pemuda UMNO seperti zaman kegemilangan terdahulu.

6. Parti keramat orang Melayu ini harus terus dibangkitkan dari dalam diri supaya ia meresap ke segenap inci kekuatan kerohanian bagi menjaga segala aspek ketuanan orang Melayu yang kian ditindas kini.

7. Saya juga mengambil pendekatan terbuka untuk ditegur dan dikritik bagi memastikan kelancaran perjuangan bersama para pemuda UMNO untuk memacu parti ke arah yang lebih baik dari semasa ke semasa.

8. Saya yakin dan percaya, saya juga mempunyai kelemahan, namun itu bukanlah penyebab untuk saya mengalah bagi meneruskan serta mencipta idea idea baharu dan lebih luar biasa berlandaskan peredaran arus zaman moden kini.

9. Seorang pemimpin sebenarnya diuji semasa menghadapi krisis sama ada untuk mempraktis kebijaksanaan, menghadapi realiti, membawa perubahan dan berkorban bagi meneruskan wadah perjuangan UMNO.

10. Bagaimanapun, saya ingin menegaskan bahawa kesetiaan saya pada UMNO tetap utuh dan tidak berbelah bahagi walau apa jua keputusan kelak. Pada saya, apa yang penting adalah semangat kekeluargaan UMNO terus terjalin dan lebih kuat bagi menghadapi pelbagai cabaran akan datang.

11. Pemuda UMNO merupakan harapan serta tunjang bagi membekalkan warisan kepimpinan terdahulu untuk dibawa pada masa akan datang. Keikhlasan dalam menterjemahkan perjuangan wadah UMNO pasti akan membawa parti keramat ini ke arah yang lebih cemerlang dan gemilang.

12. Saya rayu sokongan dan bantuan para saudara bagi membolehkan saya memimpin Pergerakan Pemuda UMNO menjadi barisan jentera yang akan membela dan memperjuangkan nasib Agama, Bangsa dan Tanah Air (ABATA).

Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

Selamat Bersidang kepada semua perwakilan-perwakilan Pemuda seluruh Malaysia pada 23 Jun 18.

Ikhlas dari

-DATUK SRI JAMAL MD YUNOS

#UMNO
#PemudaUMNO
#PerjuangAkarUmbiUMNO
#Abata

Monday, 18 June 2018

JAMAL PALING LAYAK JADI KETUA PEMUDA UMNO -ARMAND


Calon ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Armand Azha Abu Hanifah yakin calon Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Jamal Yunos paling layak mengisi posisi berkenaan.



Armand berkata, bersandarkan kepada ‘track record’ Jamal, beliau paling menyerlah untuk mengumpulkan barisan anak muda untuk bangkit melawan bersama.

“Berdasarkan kepada ‘report card’ Jamal menganjurkan himpunan baju merah.

“Jamal telah berjaya mengumpulkan kekuatan anak muda untuk turun ke jalanan,” katanya ketika ditemui di lobi Menara Dato’ Onn di sini, hari ini.


Armand turut mengesahkan, Jamal masih berada dalam negara dan mendoakan keselamatan sahabatnya di mana juga berada.

“Jamal cuma bersembunyi daripada kerajaan terkini yang tidak mengamalkan ‘rule of law’ sebaliknya mempraktiskan ‘rule of the jungle’.

“Di mana tindakan kerajaan Pakatan Harapan (Harapan)sekadar ingin mengenakan Jamal,” katanya merujuk perbualannya dengan Jamal.

Armand yakin, Jamal tidak bersalah kerana belum dibuktikan bersalah.

Beliau turut mengesahkan bahawa Jamal akan mempertahankan posisi Ketua Umno Bahagian Sungai Besar.

Sumber:-
http://www.sinarharian.com.my/politik/jamal-paling-layak-jadi-ketua-pemuda-umno-1.846688

ALHAMDULILLAH, BERPELUANG MENDENGAR LUAHAN KERESAHAN MEREKA .- NAJIB


Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, saya dapat pulang ke Pekan bagi menyambut Syawal dan saya  ambil peluang ini untuk turut bertemu dengan masyarakat pelbagai peringkat usia dan bangsa sebagaimana lazim saya lakukan sebelum ini.

Rata-rata rakyat dalam kawasan saya terdiri peneroka FELDA dan pekebun kecil.

Saya berpeluang berbicara dan mendengar luahan keresahan mereka terhadap harga minyak kelapa sawit dan penyusutan permintaan dari luar negara akan komoditi itu.

Ramai yang resah kerana Kesatuan Eropah akan meningkatkan sekatan terhadap import minyak sawit dari Malaysia, manakala China, yang dahulunya berada di tempat keempat pengimport terbesar bagi minyak sawit dan tahun lepas di tempat kedua terbesar akibat perhubungan diplomatik dan perdagangan yang telah bertambah baik, berkemungkinan akan mengurangkan pembelian minyak kelapa sawit ekoran perkembangan selepas Pilihanraya Umum ke-14.

Hari Khamis lalu, harga minyak sawit mentah menyusut bagi hari ke-9 berturut-turut di mana harga kini adalah RM2,300 setiap tan.

Turut dilaporkan, eksport minyak kelapa sawit kita bagi 10 hari pertama bulan Jun jatuh sehingga 20 peratus berbanding tahun lalu.

Salah satu faktor kepada kejatuhan ini adalah ekoran tindakan kerajaan mengenakan cukai 5 peratus terhadap eksport minyak kelapa sawit dan penganalisa pasaran berkata ia adalah faktor utama penyusutan permintaan dan penurunan harga.

Cukai eksport ini diteruskan pada 5 peratus pada bulan Julai dan seterusnya.

Kerajaan BN sebelum ini telah menggantung cukai berkenaan bagi empat bulan pertama tahun ini dalam memastikan pendapatan pekebun kecil tidak terjejas dan pasaran minyak kelapa sawit Malaysia terus berdaya saing dan kompetitif di pasaran antarabangsa.

Bagi pihak pekebun kecil di Pekan dan kesemua peneroka di Malaysia, saya menggesa Kerajaan Pakatan untuk menggantung cukai eksport ini sehingga penghujung tahun ini atau sekurang-kurangnya sehingga harga dan permintaan pasaran kembali pulih.

Kerajaan baharu juga tidak boleh membisu lagi dengan keputusan Kesatuan Eropah (EU) Jumaat lalu untuk mengurangkan dan menghentikan impot minyak kelapa sawit demi menamatkan penggunaan minyak sawit dalam bahan bakar pengangkutan pada 2030.

Kita perlu membantah langkah mereka ini dan berunding dengan EU serta-merta kerana mereka merupakan destinasi minyak sawit terbesar untuk negara.

Dalam semangat Hari Raya ini, usahlah menjadikan isu ini sebagai polemik politik kerana industri minyak kelapa sawit kerana kehidupan beratus ribu pekebun kecil serta peneroka bergantung kepadanya.

Sebaliknya, kerajaan baharu patut mengambil langkah untuk menyelesaikan masalah harga dan permintaan minyak sawit dengan serta-merta.

-NajibRazak

Saturday, 16 June 2018

BUKTI KOMITMEN SEMUA JAWATAN DALAM UMNO TERBUKA DAN DEMOKRATIK -ZAHID

KENYATAAN MEDIA AHMAD ZAHID HAMIDI



Pengumuman Tengku Razaleigh Hamzah suatu bukti komitmen bahawa semua jawatan dalam UMNO terbuka untuk ditandingi. Ini memperlihatkan Umno lebih demokratik.

2. UMNO tidak harus terbelah dua seperti terjadi pada tahun 1987 biarpun keterbukaan diterjemahkan semula pelaksaannya.

3. UMNO harus terus diperkukuhkan biar pun kekecundangan telah membaluti prestasi dalam PRU 14 dengan menerapkan semangat bekerja sepasukan.

4. Keutamaan untuk menjaga jemaah UMNO lebih penting dari sesuatu jawatan yang ditandingi. Kerana sesuatu jawatan kelak merupakan suatu amanah dan bukan habuan politik. UMNO kini terkeluar dari gelanggang kekuasaan.

5. Tempoh berkempen tidak harus dijadikan pentas untuk membunuh perwatakan calon-calon yang menawarkan diri. Ianya hendaklah dilakukan secara persahabatan dengan semangat ukhuwah.

6. Saya sangat berlapang dada dan berfikiran terbuka untuk kelak menerima siapa sahaja yang menang untuk membentuk kepimpinan UMNO yang kuat.

7. Kita hendaklah menjadikan pertandingan ini dengan niat untuk menghadapi seteru politik di luar sana dan bukan mencipta permusuhan sesama sendiri.

8. Jangan jadikan 'menang jadi arang dan kalah menjadi abu' sebagai tunjang pertandingan ini.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1144335092371733&id=188294724642446

PH Perlu Beri Penjelasan, Salah Guna Kuasa Dan Pelantikan Penasihat Kerajaan Bercanggah Perlembagaan


Presiden Penaja Pemantau Malaysia Baru, Datuk Lokman Noor Adam dengan tegas meminta pencerahan daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang nyata telah bertindak di luar skop Perlembagaan Malaysia dan ‘rule of law’ yang kerap dilaungkan.

Katanya, dalam isu perlantikan Majlis Penasihat Kerajaan, Kerajaan PH tidak mengikut prosedur serta mencabar keutuhan Perlembagaan Persekutuan.

Berhubung perkara tersebut beliau melontarkan persoalan seperti berikut:

1. Prosedur apakah yang digunakan oleh Perdana Menteri dan kerajaan PH bagi perlaksanaan perlantikan ‘Council of Eminent Persons’ sebagai ‘penasihat’ kerajaan Malaysia? Adakah perlantikan terus yang dilakukan oleh PM bercanggah dengan Perkara 132(2) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa, ‘kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata selainnya oleh Perlembagaan ini, kelayakan bagi pelantikan dan syarat-syarat perkhidmatan orang dalam perkhidmatan-perkhidmatan awam, selain orang dalam perkhidmatan yang disebut dalam perenggan (g) Fasal (1), boleh dikawal selia melalui undang undang persekutuan dan, tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang yang sedemikian, oleh Yang di-Pertuan Agong.

Kerajaan PH jelas tidak mengikut mana-mana SOP atau dasar bagi perlantikan penasihat yang bertindak selaku ‘kabinet mini’ ini. Sebagai kerajaan yang menobatkan sikap telus, adil dan saksama dalam segala kegiatan pengurusan negara, adakah ini sistem ‘Rule of Law’ yang telah dijanjikan?

2. Bukankah perlantikan yang sebegini penting haruslah dari pejawat awam kerajaan kerana berkemungkinan terjadinya ‘konflik kepentingan peribadi’ atas sebab-sebab berikut:

a.  Tun Daim merupakan bekas Menteri Kewangan zaman PM Ke 4 iaitu ketika Skandal Forex RM 31.5 billion didakwa berlaku. Sejak bersara, Daim telah menjadi seorang ahli perniagaan besar dalam industry perbankan antarabangsa. Apakah kemungkinan maklumat sulit kerajaan boleh dimanipulasikan oleh pihak-pihak yang dekat dengan Tun Daim seperti kes Zeti yang telah didakwa menyalahgunakan kuasa beliau untuk meraih keuntungan untuk keluarganya?

b. Adakah kemasukkan Tun Daim bersangkut paut dengan kejatuhan saham-saham syarikat GLC di Bursa Malaysia bagi tujuan pembelian oleh pihak-pihak tertentu pada harga rendah selepas ini?
Mengapakah kerajaan Pakatan melalui Menteri Kewangan Lim Guan Eng mendedahkan maklumat dengan sewenang-wenangnya dengan pengetahuan yang ia akan mengakibatkan Bursa Malaysia jatuh selama 30 hari dengan kerugian yang dianggarkan sebanyak RM 12 billion? Siapa yang untung dan kenapa? Saya rasa Guan Eng wajib menjawab kepada rakyat berhubung perkara ini.

Kenapa syarikat Petronas yang mempunyai rizab tunai yang tinggi zaman Dato Sri Najib sehingga RM 164.7 billion (Mac 2018) perlu disenaraikan di Bursa Malaysia? Apakah peranan Petron & San Miguel yang sering dikaitkan dengan anak Perdana Menteri, Mirzan Mahathir dalam kegiatan ini? Siapa yang untung dan kenapa?  Adakah laporan media Filipina yang menyatakan San Miguel bercadang untuk membeli aset kepunyaan kerajaan seperti Petronas itu benar?
https://asia.nikkei.com/Business/Companies/Philippines-San-Miguel-eyes-Malaysia-s-state-assets-sale
Patutlah YB Menteri Kewangan dan Perdana Menteri beria-ia menipu angka hutang negara melebihi RM 1 Trillion, sedangkan angka sebenar yang disahkan oleh Bank Negara dan Moodys sendiri hanya RM 686.8 Billion.

c. Apakah hak Tun Daim untuk menuntut Ketua Hakim Negara dan Ketua Hakim Mahkamah Rayuan meletakkan jawatan? Kalau, faktor umur menjadi persoalan, bukankah keahlian Penasihat Kerajaan PH sendiri ada yang lebih tua dari 2 hakim ini? Bukankah peranan penasihat ini hanya khusus dalam menasihati Perdana Menteri dan kabinet Pakatan? Tindakan Daim boleh dianggap melampaui kuasanya dan bercanggah dengan Perkara 127 di mana perbincangan tindak tanduk seseorang Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi tidak boleh dibincangkan melainkan terdapatnya suatu usul yang khusus? Salahguna kuasa ini juga pernah ditekankan oleh Ramkarpal dan Sri Ram, dua tokoh perundangan negara ini.

d. Apakah peranan sebenar yang dimainkan oleh Zeti Aziz, Daim, Mahathir dan Nor Yakob dalam isu skandal forex sebanyak RM 31.5 billion pada tahun 1990an? Kenapa Zeti juga tidak diheret oleh SPRM untuk memberi affidavit tentang penglibatannya dalam kes 1MDB? Sehubungan dengan itu, apa alasan kerajaan PH melantik Zeti ke dalam majlis tersebut sedangkan beliau merupakan saksi utama dalam kes penjualan saham Southern Bank di mana maklumat sulit kewangan Souhern bank dipercayai dimanipulasikan oleh suami Zeti Aziz iaitu Datuk Tawfiq untuk meraih ganjaran peribadi. Zeti merupakan gabenor BNM ketika itu. Adakah ini calon yang ”eminent” yang bermaksub seseorang yang ‘mulia’ dan ‘terbilang,?

3. Agenda berunsurkan subversif
Isu perlantikan majlis orang ternama ini sebenarnya telah dicadangkan oleh Tun Mahathir pada tahun 2008 di suatu perjumpaan di Hotel Singgahsana. Tun M telah mencadangkan pengisytiharan perlantikan Majlis Penasihat Kerajaan yang akan dipengerusikan oleh beliau. Ahli-ahli majlis ini memainkan peranan seperti Residen British dengan Raja-raja Melayu di mana segala hal pentadbiran dan ekonomi negeri perlu mendapat persetujuan Residen British terlebih dahulu. Dalam kata lain, Dato Seri Najib, selaku Perdana Menteri ketika itu akan dijadikan seolah-olah PM proxy dan Tun M menjadi de facto PM yang memerintah. Pada 2018, Tun M telah membuat pengistiharaan mengejut perlantikan Majlis Penasihat Kerajaan yang bakal diterajui oleh Tun Daim, yang tidak terkecuali dengan pelbagai skandal kewangan (cth PAREMBA, TIME.com).

Tegasnya, persoalannya adakah Majlis Penasihat ini akan secara tidak langsung menggantikan peranan Majlis Raja-raja atau adakah mereka ini memainkan peranan dalam mengenal pasti aset strategik negara yang boleh diswastakan bagi membolehkan pihak tertentu meraih keuntungan besar.

“Adakah wayang Malaysia berhutang RM1 trillion ini bagi menghalalkan pinjaman yang mahu diambil dari Jepun?

“Adakah kerana umur Tun Mahathir sudah 93 tahun, beliau tidak peduli siapa yang perlu melangsaikan hutang yang dibuatnya dalam matawang Yen?”

Soal beliau lagi, adakah membatalkan projek-projek dan kerjasama dengan negara China merupakan cara Tun untuk membalas jasa baik Amerika dan Jepun yang membantu Tun semasa pilihan raya lalu?

“Sedarkah Tun, dengan kejatuhan matawang Yuan dan pengukuhan USD dan YEN selepas ini akan menyebabkan beban hutang yang terpaksa ditanggung oleh rakyat akan menjadi lebih tinggi walaupun kadar bunganya rendah?

“Tun, mungkin fikir kami rakyat Malaysia ini “uneducated”, tapi kami bukan bodoh dan tidak boleh membaca hasrat Tun,” bidasnya dalam satu kenyataan hari ini. 

– MediaUMNO

http://www.umno-online.my/2018/06/15/ph-perlu-beri-penjelasan-penyalahgunaan-kuasa-dan-pelantikan-penasihat-kerajaan-bercanggah-perlembagaan/amp/?__twitter_impression=true

Wednesday, 13 June 2018

Kenyataan media Pemantau Baru berhubung skandal Zeti dan sikap Pakatan Harapan yang membisu



Pemantau Malaysia Baru menyeru agar pihak kerajaan Pakatan Harapan, SPRM dan PDRM segera mengambil tindakan untuk mengheret Tan Sri Zeti ke Ibu Pejabat SPRM bagi melakukan soal siasat berkenaan peranan beliau selaku Gabenor Bank Negara Malaysia ketika duit derma untuk mempertahankan kerajaan Islam dimasukkan ke dalam akaun peribadi DSN.

Berdasarkan laporan SPRM yang didedahkan baru-baru ini oleh Portal The Third Force, beliau merupakan saksi utama atau ‘key witness’ dalam cerita fitnah ini kerana atas nasihat professional beliaulah, DSN telah bersetuju untuk memasukkan duit USD 681 juta itu dalam akaun peribadinya. Zeti juga telah mengesyorkan DSN bahawa tindakan memasukkan duit tersebut telah dipersetujui pihak lain seperti SPRM, LHDN dan sebagainya. Kini bila isu ini disensasikan oleh kerajaan Pakatan Harapan, Tan Sri Zeti membisu seribu bahasa dan buat-buat tidak tahu. Agenda sinis sesetengah pihak dan pihak kerajaan Pakatan amat mencurigakan dalam isu 1MDB ini.

Soalan yang patut ditanya oleh rakyat jelata ialah :

1. Kenapa Zeti tidak mendedahkan fakta ini melalui affidavit secara sukarela ke SPRM? Apa agenda tersirat beliau? Adakah tindakan Zeti dipengaruhi oleh pihak ketiga?

2. Apakah kaitan Zeti, Mahathir, Daim dan Nor Yaacob dalam skandal Forex dan MAS tahun 80-an dan 90-an? Malaysia rugi lebih daripada 40 billion tetapi kenapa pula kerajaan PH tidak membuka balik fail siasatan malah memperleceh dapatan RCI Forex tersebut dengan mengatakan bagaimana kerugian RM 10 billion boleh melonjak menjadi lebih RM30 billion? Kalau hasil dapatan RCI Forex kita tidak boleh terima dan kita bakul sampahkan, apa guna belanja duit pembayar cukai hendak tubuh RCI 1MDB? Adakah jika hasil RCI 1MDB mendapati Dato’ Sri Najib tidak bersalah, dapatan RCI 1MDB pula akan diperlekeh oleh Guan Eng dan Pakatan Harapan? Jika Amerika Syarikat dan negara-negara lain boleh menyiasat ketua kerajaan mereka, kenapa pula Pemimpin Pakatan Harapan diberikan Kekebalan? Adakah tujuan Kekebalan Raja-Raja Melayu ditarik tahun 1993 kini diganti dengan Kekebalan Pimpinan Pakatan Harapan?

3. Kenapa sehingga kini tiada siasatan keatas Zeti, suaminya dan dua anaknya yang dikaitkan dalam skandal telaga tiub semasa Kementerian Pelajaran dibawah Tan Sri Muhiyiddin? Adakah Zeti beria-ia menyokong Pakatan Harapan kerana terhutang budi kepada Muhyiddin kerana Syarikat Al Zair yang dipengerusikan oleh ayahnya Prof Diraja Ungku Aziz menerima habuan daripada MOE, manakala kedua-anaknya, Alif Ayman dan Aziz Ayman serta suaminya Dato Tawfiq mengetuai pengurusan syarikat ini. Syarikat Al Zair telah membekalkan sistem pam untuk telaga tiub yang dikatakan tidak mengeluar airpun. Yang peliknya, bagaimana syarikat tersebut dianugerahkan pula kerja-kerja menyelenggarakan telaga tiub tersebut.

4. Dalam skandal kedua yang melibatkan CIMB-Southern Bank di mana Dato Tawfiq dikatakan telah menerima komisen haram untuk membantu pihak ketiga mendapat keuntungan besar hasil dari pembocoran maklumat kewangan sulit Southern bank. Mungkin dah tiba masanya Zeti berkata benar, adakah beliah yang telah memberi maklumat terperinci atau sulit mengenai perihal kewangan jual beli Southern Bank yang telah digunakan oleh suaminya Dato Tawfiq Ayman untuk mengaut keuntungan besar? Adakah isu ini mahu didiamkan juga oleh Kerajaan Pakatan Harapan? Apa jaminan maklumat perbincangan Council of Elders pula tidak akan dibocorkan atau disalahgunakan?

*Bagaimanakah seseorang yang mempunyai rekod yang sebegini teruk dapat melepasi jerat SPRM?* Siapakah yang melindungi si Zeti dan mengapa kerajaan PH yang melaungkan slogan ‘Rule of Law’ masih senyap?

Dalam menuding jari dan membuat dakwaan bertubi-tubi tanpa bukti yang nyata ala gaya zaman ‘Inquisition’ di Eropah, kenapa kerajaan kini tidak bertindak kepada pemimpin-pemimpin pro-Pakatan, terutamanya mereka yang memegang jawatan besar seperti Zeti selaku penasihat kerajaan. Kini, semua rakyat di Malaysia terutamanya golongan belia dapat melihat dan menilai sendiri siapakah PH sebenar serta agenda yang tersirat di sebalik fitnah 1MDB.

Lokman Adam
Presiden Penaja
Pemantau Malaysia Baru

http://www.malaysia-today.net/2018/06/13/kenyataan-media-pemantau-baru-berhubung-skandal-zeti-dan-sikap-pakatan-harapan-yang-membisu/

NOTIS PENGOSONGAN RESTORAN PERCUMA JLN PAHANG DALAM SAMBUTAN RAYA. MOHON PENANGGUHAN

Datuk Seri Jamal Md Yunos memohon agar penangguhan pengosongan serta merta tapak premis Restoran Gabungan NGO 1 Malaysia Jalan Pahang Kuala Lumpur seperti Notis pemberitahuan yang berkuatkuasa 18 Jun ini di tangguhkan.


Menurut Jamal tarikh dari notis yang diberikan oleh Pentadbir Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu tidak kena pada masa dan terlalu singkat untuk mengosongkan tapak restoran itu.

“Penangguhan tersebut atas dasar memberi ruang dan masa untuk pihak kami melakukan proses mencari lokasi baharu untuk pemindahan barang serta peralatan di Restoran Jalan Pahang kini.

Selain itu juga, para petugas di Restoran Jalan Pahang telah pun mula bercuti untuk menyambut Hari Raya yang dijangka pada Jumaat ini.

Jamal berkata, operasi restoran itu dalam menyajikan makan tengahari percuma kepada rakyat Malaysia tidak mengira bangsa mahupun idealogi politik tidak sesekali mengaut sebarang keuntungan malah hanya bertujuan membantu rakyat.

Restoran Jalan Pahang dibuka dengan tujuan untuk memberi makan tengahari secara percuma kepada warga kota bagi meringankan beban perbelanjaan harian.

Pihak kami tidak pernah sesekali mengambil sebarang keuntungan sepanjang Restoran ini beroperasi.

Sumber
http://watan-online.com/87071-2/



“Niat kami ikhlas, kami juga mahu membantu golongan muda atau orang ramai yang terpaksa ikat perut kerana tidak mampu untuk makan tengahari,”





KENYATAAN PEMUDA GERAKAN ANDY YONG KURANG BIJAK DAN BEREMOSI -ARMAND


Kenyataan Rasmi

Saya nak berikan menegur secara tegas pada Timbalan Ketua Pemuda Gerakan, Andy Yong Kim Seng berkata, parti komponen BN sepatutnya mengadakan mesyuarat dalam kadar segera untuk menyingkirkan Umno daripada parti itu.

Pada hemat saya , beliau didalam "Denial Sindrom" atau bercakap tidak mengunakan akal tetapi emosi dalam mengeluarkan kenyataan yang kurang bijak itu. Sebelum nak mencadang atau nak keluarkan kenyataan beliau harus mengkaji dan menilai sendiri kekuatan parti Gerakan pada PRU14 yang lalu dimana parti beliau hanya mendapat 1kerusi sahaja.

Saya nak maklum pada beliau , untuk maklumat UMNO berjaya mempertahankan 55 kerusi Parlimen sekali gus pemegang kerusi terbanyak sebuah parti Politik dlm Parlimen.

Pada Timbalan Ketua Pemuda Gerakan, sebelum nak buat kenyataan cermin dahulu kedudukan sokongan rakyat pada parti anda dahulu sebelum nak buat cadangan yang nampak kurang bijak.

Bagi UMNO , parti ini masih berpegang pada konsep Setiakawan dalam parti komponen. Walaupun parti daripada Sarawak mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan kerajaan Pusat dibawah Pakatan, sebagai team player BN, kita ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang pernah dijalinkan semasa bersama BN, kami yakin suatu hari nant kita akan bersama kembali, kami tahu keputusan dibuat oleh Kerajaan Sarawak atas kepentingan rakyat Sarawak dan BN menghormati keputusan yang dibuat demi kepentingan rakyat.

Saya sedia bertemu empat mata dengan Timbalan Ketua Pemuda Gerakan Sdr Andy Yong Kim Seng dalam isu yang dibangkitkan oleh beliau untuk cari jalan penyelesaian . Ini adalah masa untuk BN bersatu bukan masa untuk mencari kesalahan antara satu sama lain , bagi saya ini adalah masa untuk mencari titik penyatuan,  menilai dan memahami apa erti sebenar SETIAKAWAN BN.

Ikhlas
Dato Armand Azha Hj Abu Hanifah
Ahli UMNO
Calon Ahli Majlis Tertinggi UMNO
13hb Jun 2018
5.30pagi

Sunday, 10 June 2018

HORMATI SISTEM PEMERINTAHAN


“Raja dan rakyat berpisah tiada” adalah satu frasa yang agak klise begitu sinonim dalam hubungan 'romantis' antara raja dan rakyatnya. Namun, kelihatan kini kritikan terhadap institusi beraja semakin tinggi – sama ada yang menyinggahi peribadi raja atau institusi beraja itu sendiri.

Sejarah menunjukkan bahawa sistem beraja terkenal serata dunia. Pengalaman sama di rantau Alam Melayu. Kerajaan lama Alam Melayu gemilang di bawah pemerintahan sistem beraja. Kesultanan Islam Melaka (serta Kesultanan Acheh dan Mataram) mengambil tempat selepas kegemilangan Srivijaya dan Majapahit.

Namun, dalam abad-abad mutakhir, banyak negara telah melalui revolusi dan memansuhkan sistem beraja. Hari ini hanya 43 buah negara di dunia yang masih mengamalkan sistem beraja (Ratu Elizabeth II menjadi ratu di 16 buah negara) (lihat buku Dustur wa Salatin (2014). Walaupun begitu, banyak negara maju masih lagi mengekalkan sistem beraja dengan fungsi dan peranan yang dinamik dan disesuaikan dalam keadaan serta keperluan semasa.

Amalan sistem beraja di dunia menunjukkan beberapa jenis sistem yang diamalkan. Terdapat sistem beraja atau monarki yang bersifat mutlak dan ada yang bersifat berperlembagaan. Sistem bersifat berperlembagaan pula mempunyai pelbagai bentuk – ada yang sekadar simbol; ada mempunyai kuasa-kuasa yang minimum; dan ada yang mempunyai kuasa dan peranan yang besar menurut peruntukan Perlembagaan.

Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan secara berkembar dengan sistem demokrasi berparlimen. Walaupun menyokong sistem demokrasi berparlimen, monarki juga perlu kekal atas beberapa faktor yang saya telah sebut dalam beberapa penulisan lain.

Dalam situasi semasa, perlu difikirkan bagaimana untuk mengelakkan dan sekali gus menyelesaikan ketegangan antara sistem demokrasi berparlimen dengan raja berperlembagaan.

Dua cadangan penyelesaian pernah dikemukakan sarjana perundangan. Pertama, raja hendaklah bersifat neutral politik, dan Perlembagaan hendaklah menjangkakan bahawa institusi beraja tidak terlibat dalam politik. Cadangan kedua, monarki perlu juga menyuarakan kefahaman berkaitan pentadbiran negara dalam nada memberi aspirasi dan melahirkan rasa bertanggungjawab dalam kalangan pimpinan politik. Monarki tidak boleh berdiam diri.

Sesungguhnya amat sukar sekali untuk raja-raja menjadi bebas politik, atau neutral politik, dan pada masa sama perlu aktif politik demi menjaga kepentingan negara. Ini adalah ironi. Walau apa pun ia mungkin menjadi lebih mudah jika kita tafsirkan 'politik'di sini merujuk kepada kepartian politik. Oleh itu, istana harus bebas daripada politik kepartian, tetapi terlibat dalam politik pentadbiran negara untuk membina kualiti pentadbiran kerajaan.

Sehingga kini, tidak terserlah bukti emperikal tentang sumbangan monarki kepada kualiti kepemimpinan kerajaan. Ini berlaku kerana apa jua yang berlangsung melalui konvensyen Perlembagaan, yang dikenali sebagai tripartite convention, iaitu raja berhak untuk dirujuk, untuk menggalakkan dan memberi amaran kepada kerajaan, tidak didedahkan kepada awam. Di peringkat Persekutuan, Perdana Menteri mengadap Yang di-Pertuan Agong sebelum mesyuarat Kabinet saban minggu. Ia adalah antara ruang yang diberikan oleh amalan Perlembagaan, tripartite convention itu.

Kesan daripada tiadanya pendedahan tersebut, apa yang dilihat oleh rakyat ialah monarki hanya sekadar identiti negara – simbol negara sahaja. Tidak lebih daripada itu, walhal institusi beraja mempunyai peranan lain yang penting. Rakyat perlu mendapat informasi tentang peranan dan sumbangan monarki terutamanya dalam ruang lingkup budi bicara baginda.

Kewajipan lain bagi monarki termasuk dalam frasa Defender of the Faith. Ini bermakna monarki mempunyai peranan khusus dalam menjaga kedudukan agama. Oleh itu, keputusan berkaitan keagamaan dan perutusan-perutusan agama yang utama seperti perutusan Ramadan, hari raya, Maulidur Rasul dan seumpamanya perlu menonjolkan institusi beraja.

Sebagai Ketua Utama Negara, raja-raja menjadi kekuatan utama patriotisme dan perpaduan. Bagi merealisasikan peranan tersebut, perutusan hari-hari utama negara, seperti Hari Kebangsaan dan hari-hari perayaan masyarakat Malaysia, hendaklah juga menampilkan institusi beraja.

Sementara itu, bagi mendekatkan lagi rakyat dengan istana, ruang khusus di media perlu disediakan dan digunakan sebaik-baik mungkin untuk berkongsi maklumat serta aktiviti istana. Lebih utama ia boleh memberikan ruang pendidikan berpanjangan mengenai institusi beraja di negara ini dan tidak hanya terhad kepada silibus-silibus dalam sistem pendidikan.

Demi kelangsungan dan kerelevanan, istana hendaklah berjaya menyesuaikan kedudukannya dalam dunia semasa yang tinggi teknologi maklumat serta cara fikir masyarakat yang ketara berubah. Kedinamikan monarki adalah faktor utama kepada kelangsungan institusi beraja. Ini adalah antara faktor yang menyumbang kepada kelangsungan monarki di negara besar dan maju pada hari ini.

Institusi beraja di negara kita mempunyai pengalaman ini. Dari- pada dokumen sejarah saya dapati institusi beraja kita mempunyai kekuatan dinamika yang tinggi.

Semasa perbicaraan Memorandum Raja-Raja bersama Suruhanjaya Reid, Hearing of Counsel, ada dinyatakan tentang kesediaan Raja-Raja Melayu untuk menjadi raja berperlembagaan. Peguam yang mewakili Raja-Raja, iaitu Mr. Lawson menyatakan: They are (Their Royal Highnesses) actuated… by this desire that they are concerned about the future of the country, and they take the view that it is in the interests of the country as a whole that they should accept the future qualifications and limitations which have been indicated, but that they should preserve certain important aspects of their status and positions because of the peculiar situation which they do occupy in this country.

Maksudnya di sini, sifat versatile, serba boleh dan dinamik Raja-Raja Melayu telah membolehkan baginda mengadaptasi perubahan yang berlaku dalam pelaksanaan kuasa demi kelangsungan negara dan bangsa, namun pada masa yang sama perlu mengekalkan kedudukan utama baginda.

Pada pengamatan saya terdapat dua faktor yang saling membantu. Pertama, faktor dalaman istana itu sendiri. Kebijaksanaan istana dan kewibawaan raja-raja menjadi cerminan jelas. Pemikiran dan keperibadian yang hebat dapat memelihara sebuah empayar daripada ditakluki. Monarki berhati-hati dan bertindak penuh bijaksana untuk memastikan semua kegiatan dalam kapasiti peribadi atau rasmi dilakukan menurut undang-undang. Sejarah telah membuktikan bahawa kebijaksanaan dan kewibawaan raja telah menyelamatkan empayarnya.

Sementara itu sejarah di negara luar juga membuktikan bahawa istana yang terjerumus ke lembah politik kepartian akan juga menghilangkan kewibawaannya. Parti-parti politik akan datang dan pergi, namun istana perlu kekal berfungsi sepanjang zaman demi negaranya. Untuk membina kewibawaan dan peradaban, istana perlu kekal neutral serta bebas daripada politik kepartian.

Faktor kedua ialah rakyat. Berdaulatnya raja kerana kesetiaan rakyatnya. Rakyat membina inspirasi bagi pentadbiran yang adil. Bagi bangsa yang agung bertamadun, rakyat hendaklah mempunyai budi pekerti dan kesopanan yang tinggi serta mengagungkan dan mengamalkan nilai agama, bangsa, budaya dan sejarah. Rakyat hendaklah setia, bersifat jujur dan ikhlas menunaikan amanah negaranya serta setia kepada bangsanya serta memahami hala tuju negaranya.

- PENULIS adalah Pensyarah Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

UMNO: ARMAND CADANG TUBUH MAJLIS PENASIHAT PRESIDEN


UMNO perlu menubuhkan satu Majlis Penasihat 
Presiden yang dianggotai veteran parti termasuk Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bagi memberikan pandangan dan nasihat kepada pemimpin utama dalam menentukan hala tuju parti keramat Melayu tersebut.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata, ini bagi membuka jalan kepada Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bagi mengisi kekosongan jawatan nombor satu parti itu.

“Lebih baik ada satu pelan cadangan wujudkan Majlis Penasihat Presiden UMNO yang dianggotai Tengku Razaleigh, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan beberapa senior parti bertindak sebagai penasihat presiden.

“Buat masa ini kita berikan sokongan kepada Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO untuk mengadakan rundingan dan memastikan parti agar tidak terus retak dan berpecah. Jika ini berlaku, saya yakin UMNO akan terus kukuh dengan wujudnya majlis tersebut,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li sedia mempertimbangkan permintaan akar umbi supaya beliau menawarkan diri bertanding jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan parti kali ini.

Katanya, beliau menghargai sokongan dan pandangan peringkat akar umbi di seluruh negara yang mahukannya mengambil alih pimpinan parti namun perlu berfikir masak-masak dan memerlukan sedikit masa menilai perkara itu dari pelbagai sudut.

Sementara itu, mengulas lanjut Armand Azha berkata, buat masa ini Ahmad Zahid dan Ku Li mendapat sokongan dan dokongan di peringkat akar umbi bagi mengisi kerusi Presiden UMNO.

“Kedua-dua mereka amat penting dalam UMNO bagi proses pengukuhan parti. Ahmad Zahid mempunyai kekuatan akar umbi manakala Ku Li mempunyai kekuatan daripada segi pengalaman dalam UMNO.

“Ini dua perkara yang amat penting bagi UMNO untuk bangkit daripada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Dikala ini UMNO tidak boleh kehilangan salah seorang daripada mereka demi memastikan kekuatan parti disemua peringkat baik dalam mahupun luar,” tegasnya. 

Armand juga menawarkan diri sebagai Calon Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Malaysia pada Persidangan yang akan di adakan 30 Jun 2018 nanti.

Saturday, 9 June 2018

JAMAL CADANG ANWAR CALON PRESIDEN UMNO DAN ZAHID CALON TIMBALAN PRESIDEN


Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos tampil untuk menawarkan dirinya sebagai calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menjelang pemilihan tertinggi UMNO akan datang.

Jamal dalam pada itu turut mencadangkan supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim dicalonkan selaku presiden UMNO berikutan fenomena perpecahan bangsa Melayu yang kian berlarutan.

"Saya yakin dan percaya jika cadangan saya diterima hanya Anwar Ibrahim sahaja yang mampu untuk menyatupadukan kembali orang-orang Melayu dan rakyat keseluruhan di dalam negara Malaysia kerana politik yang keterlampauan," katanya dalam satu kenyataan melalui pesanan suara kepada wartawan Watan-Online pada Sabtu.

Manakala menurut Jamal, calon bagi jawatan Timbalan presiden harus diberikan kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Timbalan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Perpecahan bangsa Melayu adalah perkara yang amat dititikberat oleh UMNO dimana perpaduan itu mampu dilaksanakan dengan adanya pemimpin yang tepat.

"Dahulunya Anwar Ibrahim dari keluarga kita, timbalan presiden parti. Kita sedia maklum apa yang berlaku dan yang lebih penting bagi saya, beliau telah mendapat pengampungan penuh daripada Yang di-Pertuan Agong,"katanya.

Sumber : WatanOnline
http://watan-online.com/jamal-cadang-anwar-calon-presiden-umno/

KENALI NORAINI AHMAD CALON KETUA WANITA UMNO MSIA

Calon Ketua Pergerakan 
Wanita UMNO Malaysia
Datuk Dr. Noraini Ahmad


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh & Salam Perjuangan buat semua pejuang wanita yang saya hormati.

Kasih mana orang baru
Kasih lagi orang lama

Sedih mana puan yang pergi
Sedih lagi kami yang puan tinggalkan

Terlebih dahulu saya nukilkan gurindam di atas, tanda kasih dan penghargaan  kepada YBhg Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil di atas jasa dan pengorbanan beliau sepanjang menerajui Pergerakan Wanita UMNO. 

Sebagai tulang belakang parti, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengajak kesemua anggota Pergerakan Wanita UMNO untuk membina muafakat bersama bagi meneruskan perjuangan keramat membela bangsa dan bersedia memperbaiki setiap kelemahan parti agar kepercayaan rakyat kembali semula terhadap UMNO. 



Justeru, berbetulan dengan hari Jumaat, penghulu segala hari, saya dengan rasa rendah hati mengulangi iltizam saya menawarkan diri untuk bertanding bagi mengisi kekosongan jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia bagi penggal 2018-2021.  Saya menawarkan kepimpinan ini secara jujur dan ikhlas dengan hanya satu janji, iaitu bekerja keras memulihkan maruah UMNO yang telah dinafikan oleh rakyat dalam PRU-14. 

In shaa Allah berbekalkan pengalaman saya di akar umbi selama ini, bermula dengan menyantuni golongan wanita muda ketika memimpin Puteri UMNO, kemudiannya bersama Pergerakan Wanita UMNO, selaku Ketua Wanita UMNO Bahagian, Exco Wanita UMNO Malaysia dan Penolong Setiausaha Wanita BN Malaysia, disulami dengan pengalaman sebagai Ahli Parlimen Parit Sulong, Johor selama 3 penggal serta diberi kepercayaan untuk mengetuai Ahli-ahli Parlimen Wanita Komanwel (CWP), saya berazam untuk memanfaatkan segala ilmu dan pengalaman ini untuk meletakkan UMNO kembali di persada politik tanah air. 

Sekalung penghargaan saya kepada ahli-ahli Wanita yang berpengalaman dan gigih. Sesungguhnya khidmat bakti Ibu Terbaik Bangsa ini amat diperlukan di kala kita berhadapan dengan cabaran getir ini. Berbekalkan kata-kata #percaya, saya yakin kita akan berjaya mengharungi gelora ketidakpercayaan rakyat ini. 

Menyedari akan ada pertandingan bagi jawatan ini, saya mendoakan semoga pertandingan diadakan secara sihat dalam suasana sebuah keluarga besar parti dan pada akhirnya biar apapun keputusan, kita terima dengan hati terbuka dan kita harus kembali bersatu, merapatkan saf demi kelangsungan perjuangan UMNO. 

Dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim, saya mohon sokongan padu pejuang-pejuang semua. 

Dr Noraini Ahmad
8 Jun 2018


Beliau dilahirkan pada 7 November 1967  di Batu Pahat. Beliau mendapat pendidikan Ijazah Sarjana Muda Perdagangan Kuantitatif Analisis dan Kewangan, University of Saskatchewan, Kanada dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan di Universiti Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur.

Beliau dilantik sebagai Naib Ketua Puteri UMNO, pada awal penubuhan Puteri UMNO dan kemudian dilantik sebagai Ketua Puteri UMNO sejak 2004, menggantikan Datuk Azalina Othman Said yang melepaskan jawatan kerana faktor umur keahlian Puteri UMNO hanya untuk wanita berumur bawah 40 tahun.

Facebook beliau
https://m.facebook.com/datonorainiahmad/


JAMAL LAYAK MENERAJUI PEMUDA UMNO


JAMAL MENAWARKAN DIRI BERTANDING SEBAGAI CALON KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA SESI 2018-2021.

Pengumuman Dato Sri Jamal Md Yunos baru-baru ini menawarkan diri sebagai Calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia harus di terima perwakilan Pemuda Seluruh Malaysia selepas Saudara Khairi Jamaludin Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia tidak mengekalkan jawatannya dan menawarkan diri untuk bertanding sebagai Calon Naib Presiden UMNO Malaysia.

Kenapa anda perlu bagi laluan kepada Jamal?

Semua rakyat Malaysia kenal beliau dengan gimik-gimik menentang Kerajaan Negeri Selangor dengan berbagai kaedah dan idea yang semua orang tak akan terpikirkan kaedahnya. 
Impak yang di buat mendapat kesan yang ketara kepada pihak lawan. Dengan tindakan-tindakan tersebut beliau tahu akibatnya dan kebanyakan tidakan yang di buat demi rakyat di ambil tindakan undang-undang kerana mereka lemas dengan apa jua tindak tanduk yang Jamal lakukan. 

Bagaimana Jamal menentang kumpulan BERSIH pada masa beberapa tahun ini untuk menyekat tindakan kumpulan Bersih ini yang ingin menjatuhkan dan mengaibkan Kerajaan Barisan Nasional melalui gerakan kumpulan Baju Merah dengan moto "TIADA KUNING TIADA MERAH" tapi akhirnya beliau bersama sahabat-sahabat di tangkap dan di reman beberapa hari. Siapa yang mahu dan sanggup di tangkap ? Adakah anda sanggup ? Kita boleh berfikiran matang dalam membuat sesuatu perkara tapi jika tidak di lakukan kemestiannya mereka BERSIH ini akan berjaya dalam semua demonstrasi-demonstrasi yang di lakukan. Mungkin ada yang menyokong beliau dan ada yang kurang senang dengan apa yang beliau lakukan. Semangat perjuangan beliau juga boleh membuatkan anak-anak muda yang paham erti kesusahan bangkit untuk mempertahankan Demokrasi Negara pada masa itu.

KENALI JAMAL DENGAN LEBIH DEKAT.


Dato Sri Jamal Md Yunos dilahirkan pada tahun 1970 dan berasal dari Sungai Leman, Sekinchan. Beliau berasal dari keluarga yang biasa di mana bapanya merupakan pekerja kampung dan ibunya pula adalah penjual kuih.

Tamat pelajaran di tingkatan 5 di Sekolah Menengah Datuk Mustafa Pasir Panjang, Sabak Bernam, beliau yang bercita-cita tinggi telah membawa diri ke Kuala Lumpur bagi mencari pekerjaan.

Beliau memulakan hidup barunya dengan bekerja sebagai penghantar surat dengan gaji RM7 sehari.

Namun, setelah 2 bulan bekerja, disebabkan oleh tidak tahan dengan leteran majikan, Jamal berhenti kerja dan kemudiannya bekerja di kilang Ramly Burger di Cheras, dibayar sebanyak RM10 sehari.

Bosan dengan kerja makan gaji, Jamal bertekad untuk memulakan perniagaan dengan membuka kedai burger di sekitar Bandar Baru Sentul. Perniagaan burgernya mendapat sambutan yang agak memberangsangkan dan di luar jangkaan.

Perniagaan kecil-kecilan bermula dengan 1 gerai telah berkembang kepada 11 gerai burger di sekitar Lembah Klang, hanya dalam tempoh dua tahun.

Jamal kemudiannya menggunakan pulangan perniagaan dengan membeli 7 buah van yang digunakan untuk memudahkan proses perniagaan di 13 lokasi pasar malam yang beroperasi secara serentak.


Darah perniagaan yang mengalir dalam dirinya membuatkan Jamal mencari peluang lain dan pada tahun 1995, minatnya lebih terarah kepada bidang automotif dan berpeluang menjadi pengarah di sebuah syarikat permotoran.

Dengan hasrat untuk membantu meningkatkaan taraf hidup penduduk di tempat asalnya iaitu Sekinchan, beliau telah membuka Restoran Sekinchan Ikan Bakar. Dengan membuka restoran ini, industri tanaman serai di kawasan sekitar menjadi pesat dengan hampir 2 tan serai diborong sebagai bekalan menghasilkan ramuan rencah ikan bakar.

Restoran ini mendapat sambutan hangat membolehkan Jamal membuka sebanyak 20 cawangan lain di seluruh Malaysia, dengan pekerja lebih daripada 700 orang yang mana kebanyakannya adalah orang Melayu.

Namun, kini perniagaan ikan bakar ini yang diusahakan Datuk Jamal menemui jalan buntu selepas hanya 6 bulan beroperasi. Menurut sumber, 23 cawangan rangkaian perniagaan beliau ini telah diboikot oleh orang ramai selepas beliau membuat satu demonstrasi di hadapan rumah Datuk Ambiga yang merupakan pengerusi Bersih 2.

Tindakannya itu menyebabkan orang ramai menyerang Jamal secara peribadi yang menyebabkan perniagaannya tutup dalam waktu 6 bulan sahaja.

Beliau juga adalah Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar dan Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia.

Dato Sri Jamal telah menceriakan dunia politik tanahair dengan beberapa kontroversi yang menjadi bualan netizen dan antaranya:


1. Aktivis 'Baju Merah' yang terkenal dengan panggilan 'Baju Merah' bagi menentang pergerakan 'BERSIH 5'.


2. Protes dengan hanya bertuala sahaja di hadapan pejabat SUK Selangor kerana indin membidaskan isu air yang melanda Selangor kepada Menteri Besar Selangor.


3. Aksi memecahkan botol arak berikutan bantahan golongan Muslim terhadap pesta arak ' The Better Beer Festival 2017' di Selangor.


4. Jualan Ikan Murah yang dianjurkannya telah menjadi satu inisiatif berjaya didalam usaha membantu rakyat dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Tawaran ikan murah serendah RM5 sekili telah membuktikan kesungguhannya membantu rakyat.


5. Restoran Gabungan NGO 1Malaysia “Jamuan Rakyat” yang mana Restoran ini menyajikan makan tengahari secara percuma buat para pengunjung. Mempunyai 2 cawangan iaitu di Jalan Pahang dan Sekin Resort, Sekinchan


6. Burger Percuma yang beliau anjurkan juga mendapat sambutan yang amat baik setiap kali program tersebut di buat.



HARI INI JAMAL DI ANCAM, NAMUN TEKAD BANTU RAKYAT 

Perlaksanaan bantuan bagi mengurangi kos sara hidup rakyat Malaysia akan tetap diteruskan dengan meneruskan operasi Restoren Gabungan NGO 1 Malaysia (RGN1M) dan Program Jualan Ikan Murah yang hampir setahun beliau laksanakan.

Walaupun Jamal kini diperlakukan seperti penjenayah, namun beliau tetap berkhidmat serta membantu rakyat dengan meneruskan operasi restoran itu yang kini memberi santapan percuma untuk berbuka puasa.

Selain itu, penjualan ikan murah serta pelbagai keperluan harian lain turut tetap diteruskan sepertimana yang dijanjikan untuk terus membantu golongan yang berpendapatan rendah.

Walaupun kini diancam natizen, Jamal akan tetap meneruskan penjualan ikan serta barangan keperluan pada harga mampu milik. Begitu juga restoren makanan percuma di jalan pahang dan sekinchan.



Jamal yakin dan percaya, rakyat kini lebih bijak dalam melihat suasana politik dan ekonomi yang kini. Beliau berharap dengan bantuan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat membantu golongan yang kehilangan pekerjaan serta mengurangkan kos sara hidup bagi golongan tertentu.

RISIKO YANG DI HADAPI BILA BERJUANG. BELIAU TETAP TERUS BERJUANG.



Tindak tanduk dan gimik-gimik beliau dalam perjuangan beliau menentang mendapat tentangan pihak yang tidak menyukai beliau. Akhirnya kebanyakan gimik-gimik yang di lakukan, beliau di tahan dan di reman.

Saya mengajak rakyat Malaysia khususnya Ahli UMNO untuk sama-sama memberikan sokongan kepada beliau demi memperkukuhkan semula Parti Keramat ini. UMNO dulu kini dan selamanya.



#PemudaUMNOBangkit