Selamat Bersidang kepada semua perwakilan-perwakilan Pemuda UMNO cawangan seluruh Malaysia. Ucapan tersebut di buat di laman facebook beliau semalam.
Jamal yang bertanding sebagai calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dengan no calon 06 akan teruskan perjuangan UMNO sebagai pembangkang. Mandat perwakilan Pemuda seluruh Malaysia yang di diberikan kepadanya akan di jadikan satu wadah dan pegangan perjuangan untuk UMNO bangkit selepas ini sebagai pembangkang.
Saya memohon semua perwakilan-perwakilan daripada 22,000 cawangan seluruh negara menyokong untuk saya bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, pada pemilihan parti 23 Jun ini.
Saya menawarkan diri bertanding bagi perubahan UMNO yang lebih baik. Ia bagi membantu pucuk pimpinan serta Presiden parti dalam usaha baikpulih semula UMNO sebagai satu wadah perjuangan umat Islam, Bumiputera dan bangsa Malaysia keseluruhannya.
UMNO sebagai parti terbesar mesti kekal berintegriti, berwibawa dan menjadi pembangkang yang berani, tegas serta tegar membela Islam, Bumiputera, kedaulatan Raja-Raja, perlembagaan dan keluhuran undang-undang.
Parti UMNO harus dipertahankan, pendekatan dan amalan wajib berubah demi menyakinkan rakyat bahawa UMNO masih sebuah parti yang kuat dan di senangi semua rakyat.
Rakyat yakin UMNO akan bangkit semula untuk mengambil alih kerajaan pada PRU 15 jika pemimpin-pemimpin UMNO sedia berubah dan membuat perubahan dan pembaharuan kerana selama ini UMNO lah yang banyak membantu menjaga kebajikan rakyat.
#PEMILIHAN UMNO 2018
Assalamualaikum dan Salam Perjuangan buat semua perwakilan-perwakilan Pemuda UMNO seluruh Malaysa.
NO. CALON : ( 06 )
#CALON KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA.
Terima Kasih Sokongan para perwakilan-perwakilan Pemuda UMNO dan sahabat UMNO seluruh Malaysia.
#DSJY4KPUM
1. Berbekalkan semangat kepimpinan dan kebijaksanaan, saya dengan penuh rasa yakin nekad untuk memimpin barisan tertinggi jentera pemuda UMNO yakni Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
2. Keputusan saya ini mempunyai kekuatan dan alasan yang kukuh untuk mengembalikan semangat perjuangan pemuda UMNO bagi memastikan jentera ini lebih bertenaga dari generasi ke generasi akan datang.
3. Pemuda masa kini harus dibentuk dengan didikan yang lebih berani, berprinsip dan berdisiplin dan tidak melupakan asas perjuangan nenek moyang kita dalam UMNO sejak dahulu lagi.
4. Memandangkan pertandingan ini adalah secara terbuka, memilih untuk menjadi calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO ini bukanlah satu niat untuk menyangkal lawan bagi jawatan yang sama mahupun yang lebih berpengalaman, kerana masing-masing mempunyai kelebihan tertentu.
5. Saya berikrar untuk memberi sepenuh komitmen bersama rakan-rakan seperjuangan dan para jentera pemuda untuk mengangkat serta menzahirkan keteguhan nama pemuda UMNO seperti zaman kegemilangan terdahulu.
6. Parti keramat orang Melayu ini harus terus dibangkitkan dari dalam diri supaya ia meresap ke segenap inci kekuatan kerohanian bagi menjaga segala aspek ketuanan orang Melayu yang kian ditindas kini.
7. Saya juga mengambil pendekatan terbuka untuk ditegur dan dikritik bagi memastikan kelancaran perjuangan bersama para pemuda UMNO untuk memacu parti ke arah yang lebih baik dari semasa ke semasa.
8. Saya yakin dan percaya, saya juga mempunyai kelemahan, namun itu bukanlah penyebab untuk saya mengalah bagi meneruskan serta mencipta idea idea baharu dan lebih luar biasa berlandaskan peredaran arus zaman moden kini.
9. Seorang pemimpin sebenarnya diuji semasa menghadapi krisis sama ada untuk mempraktis kebijaksanaan, menghadapi realiti, membawa perubahan dan berkorban bagi meneruskan wadah perjuangan UMNO.
10. Bagaimanapun, saya ingin menegaskan bahawa kesetiaan saya pada UMNO tetap utuh dan tidak berbelah bahagi walau apa jua keputusan kelak. Pada saya, apa yang penting adalah semangat kekeluargaan UMNO terus terjalin dan lebih kuat bagi menghadapi pelbagai cabaran akan datang.
11. Pemuda UMNO merupakan harapan serta tunjang bagi membekalkan warisan kepimpinan terdahulu untuk dibawa pada masa akan datang. Keikhlasan dalam menterjemahkan perjuangan wadah UMNO pasti akan membawa parti keramat ini ke arah yang lebih cemerlang dan gemilang.
12. Saya rayu sokongan dan bantuan para saudara bagi membolehkan saya memimpin Pergerakan Pemuda UMNO menjadi barisan jentera yang akan membela dan memperjuangkan nasib Agama, Bangsa dan Tanah Air (ABATA).
Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.
Selamat Bersidang kepada semua perwakilan-perwakilan Pemuda seluruh Malaysia pada 23 Jun 18.
Ikhlas dari
-DATUK SRI JAMAL MD YUNOS
#UMNO
#PemudaUMNO
#PerjuangAkarUmbiUMNO
#Abata