Friday, 22 June 2018

JAMAL UCAP SELAMAT BERSIDANG KEPADA PERWAKILAN PEMUDA CAWANGAN SELURUH MALAYSIA.

Selamat Bersidang kepada semua perwakilan-perwakilan Pemuda UMNO cawangan seluruh Malaysia. Ucapan tersebut di buat di laman facebook beliau semalam.


Jamal yang bertanding sebagai calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dengan no calon 06 akan teruskan perjuangan UMNO sebagai pembangkang. Mandat perwakilan Pemuda seluruh Malaysia yang di diberikan kepadanya akan di jadikan satu wadah dan pegangan perjuangan untuk UMNO bangkit selepas ini sebagai pembangkang.



Saya memohon semua perwakilan-perwakilan daripada 22,000 cawangan seluruh negara menyokong untuk saya bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, pada pemilihan parti 23 Jun ini.

Saya menawarkan diri bertanding bagi perubahan UMNO yang lebih baik. Ia bagi membantu pucuk pimpinan serta Presiden parti dalam usaha baikpulih semula UMNO sebagai satu wadah perjuangan umat Islam, Bumiputera dan bangsa Malaysia keseluruhannya.

UMNO sebagai parti terbesar mesti kekal berintegriti, berwibawa dan menjadi pembangkang yang berani, tegas serta tegar membela Islam, Bumiputera, kedaulatan Raja-Raja, perlembagaan dan keluhuran undang-undang.


Parti UMNO harus dipertahankan, pendekatan dan amalan wajib berubah demi menyakinkan rakyat bahawa UMNO masih sebuah parti yang kuat dan di senangi semua rakyat. 

Rakyat yakin UMNO akan bangkit semula untuk mengambil alih kerajaan pada PRU 15 jika pemimpin-pemimpin UMNO sedia berubah dan membuat perubahan dan pembaharuan kerana selama ini UMNO lah yang banyak membantu menjaga kebajikan rakyat.



#PEMILIHAN UMNO 2018

Assalamualaikum dan Salam Perjuangan buat semua perwakilan-perwakilan Pemuda UMNO seluruh Malaysa.

NO. CALON : ( 06 )
#CALON KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA.

Terima Kasih Sokongan para perwakilan-perwakilan Pemuda UMNO dan sahabat UMNO seluruh Malaysia.
#DSJY4KPUM

1. Berbekalkan semangat kepimpinan dan kebijaksanaan, saya dengan penuh rasa yakin nekad untuk memimpin barisan tertinggi jentera pemuda UMNO yakni Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

2. Keputusan saya ini mempunyai kekuatan dan alasan yang kukuh untuk mengembalikan semangat perjuangan pemuda UMNO bagi memastikan jentera ini lebih bertenaga dari generasi ke generasi akan datang.

3. Pemuda masa kini harus dibentuk dengan didikan yang lebih berani, berprinsip dan berdisiplin dan tidak melupakan asas perjuangan nenek moyang kita dalam UMNO sejak dahulu lagi.

4. Memandangkan pertandingan ini adalah secara terbuka, memilih untuk menjadi calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO ini bukanlah satu niat untuk menyangkal lawan bagi jawatan yang sama mahupun yang lebih berpengalaman, kerana masing-masing mempunyai kelebihan tertentu.

5. Saya berikrar untuk memberi sepenuh komitmen bersama rakan-rakan seperjuangan dan para jentera pemuda untuk mengangkat serta menzahirkan keteguhan nama pemuda UMNO seperti zaman kegemilangan terdahulu.

6. Parti keramat orang Melayu ini harus terus dibangkitkan dari dalam diri supaya ia meresap ke segenap inci kekuatan kerohanian bagi menjaga segala aspek ketuanan orang Melayu yang kian ditindas kini.

7. Saya juga mengambil pendekatan terbuka untuk ditegur dan dikritik bagi memastikan kelancaran perjuangan bersama para pemuda UMNO untuk memacu parti ke arah yang lebih baik dari semasa ke semasa.

8. Saya yakin dan percaya, saya juga mempunyai kelemahan, namun itu bukanlah penyebab untuk saya mengalah bagi meneruskan serta mencipta idea idea baharu dan lebih luar biasa berlandaskan peredaran arus zaman moden kini.

9. Seorang pemimpin sebenarnya diuji semasa menghadapi krisis sama ada untuk mempraktis kebijaksanaan, menghadapi realiti, membawa perubahan dan berkorban bagi meneruskan wadah perjuangan UMNO.

10. Bagaimanapun, saya ingin menegaskan bahawa kesetiaan saya pada UMNO tetap utuh dan tidak berbelah bahagi walau apa jua keputusan kelak. Pada saya, apa yang penting adalah semangat kekeluargaan UMNO terus terjalin dan lebih kuat bagi menghadapi pelbagai cabaran akan datang.

11. Pemuda UMNO merupakan harapan serta tunjang bagi membekalkan warisan kepimpinan terdahulu untuk dibawa pada masa akan datang. Keikhlasan dalam menterjemahkan perjuangan wadah UMNO pasti akan membawa parti keramat ini ke arah yang lebih cemerlang dan gemilang.

12. Saya rayu sokongan dan bantuan para saudara bagi membolehkan saya memimpin Pergerakan Pemuda UMNO menjadi barisan jentera yang akan membela dan memperjuangkan nasib Agama, Bangsa dan Tanah Air (ABATA).

Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

Selamat Bersidang kepada semua perwakilan-perwakilan Pemuda seluruh Malaysia pada 23 Jun 18.

Ikhlas dari

-DATUK SRI JAMAL MD YUNOS

#UMNO
#PemudaUMNO
#PerjuangAkarUmbiUMNO
#Abata

Monday, 18 June 2018

JAMAL PALING LAYAK JADI KETUA PEMUDA UMNO -ARMAND


Calon ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Armand Azha Abu Hanifah yakin calon Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Jamal Yunos paling layak mengisi posisi berkenaan.



Armand berkata, bersandarkan kepada ‘track record’ Jamal, beliau paling menyerlah untuk mengumpulkan barisan anak muda untuk bangkit melawan bersama.

“Berdasarkan kepada ‘report card’ Jamal menganjurkan himpunan baju merah.

“Jamal telah berjaya mengumpulkan kekuatan anak muda untuk turun ke jalanan,” katanya ketika ditemui di lobi Menara Dato’ Onn di sini, hari ini.


Armand turut mengesahkan, Jamal masih berada dalam negara dan mendoakan keselamatan sahabatnya di mana juga berada.

“Jamal cuma bersembunyi daripada kerajaan terkini yang tidak mengamalkan ‘rule of law’ sebaliknya mempraktiskan ‘rule of the jungle’.

“Di mana tindakan kerajaan Pakatan Harapan (Harapan)sekadar ingin mengenakan Jamal,” katanya merujuk perbualannya dengan Jamal.

Armand yakin, Jamal tidak bersalah kerana belum dibuktikan bersalah.

Beliau turut mengesahkan bahawa Jamal akan mempertahankan posisi Ketua Umno Bahagian Sungai Besar.

Sumber:-
http://www.sinarharian.com.my/politik/jamal-paling-layak-jadi-ketua-pemuda-umno-1.846688

ALHAMDULILLAH, BERPELUANG MENDENGAR LUAHAN KERESAHAN MEREKA .- NAJIB


Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, saya dapat pulang ke Pekan bagi menyambut Syawal dan saya  ambil peluang ini untuk turut bertemu dengan masyarakat pelbagai peringkat usia dan bangsa sebagaimana lazim saya lakukan sebelum ini.

Rata-rata rakyat dalam kawasan saya terdiri peneroka FELDA dan pekebun kecil.

Saya berpeluang berbicara dan mendengar luahan keresahan mereka terhadap harga minyak kelapa sawit dan penyusutan permintaan dari luar negara akan komoditi itu.

Ramai yang resah kerana Kesatuan Eropah akan meningkatkan sekatan terhadap import minyak sawit dari Malaysia, manakala China, yang dahulunya berada di tempat keempat pengimport terbesar bagi minyak sawit dan tahun lepas di tempat kedua terbesar akibat perhubungan diplomatik dan perdagangan yang telah bertambah baik, berkemungkinan akan mengurangkan pembelian minyak kelapa sawit ekoran perkembangan selepas Pilihanraya Umum ke-14.

Hari Khamis lalu, harga minyak sawit mentah menyusut bagi hari ke-9 berturut-turut di mana harga kini adalah RM2,300 setiap tan.

Turut dilaporkan, eksport minyak kelapa sawit kita bagi 10 hari pertama bulan Jun jatuh sehingga 20 peratus berbanding tahun lalu.

Salah satu faktor kepada kejatuhan ini adalah ekoran tindakan kerajaan mengenakan cukai 5 peratus terhadap eksport minyak kelapa sawit dan penganalisa pasaran berkata ia adalah faktor utama penyusutan permintaan dan penurunan harga.

Cukai eksport ini diteruskan pada 5 peratus pada bulan Julai dan seterusnya.

Kerajaan BN sebelum ini telah menggantung cukai berkenaan bagi empat bulan pertama tahun ini dalam memastikan pendapatan pekebun kecil tidak terjejas dan pasaran minyak kelapa sawit Malaysia terus berdaya saing dan kompetitif di pasaran antarabangsa.

Bagi pihak pekebun kecil di Pekan dan kesemua peneroka di Malaysia, saya menggesa Kerajaan Pakatan untuk menggantung cukai eksport ini sehingga penghujung tahun ini atau sekurang-kurangnya sehingga harga dan permintaan pasaran kembali pulih.

Kerajaan baharu juga tidak boleh membisu lagi dengan keputusan Kesatuan Eropah (EU) Jumaat lalu untuk mengurangkan dan menghentikan impot minyak kelapa sawit demi menamatkan penggunaan minyak sawit dalam bahan bakar pengangkutan pada 2030.

Kita perlu membantah langkah mereka ini dan berunding dengan EU serta-merta kerana mereka merupakan destinasi minyak sawit terbesar untuk negara.

Dalam semangat Hari Raya ini, usahlah menjadikan isu ini sebagai polemik politik kerana industri minyak kelapa sawit kerana kehidupan beratus ribu pekebun kecil serta peneroka bergantung kepadanya.

Sebaliknya, kerajaan baharu patut mengambil langkah untuk menyelesaikan masalah harga dan permintaan minyak sawit dengan serta-merta.

-NajibRazak

Saturday, 16 June 2018

BUKTI KOMITMEN SEMUA JAWATAN DALAM UMNO TERBUKA DAN DEMOKRATIK -ZAHID

KENYATAAN MEDIA AHMAD ZAHID HAMIDI



Pengumuman Tengku Razaleigh Hamzah suatu bukti komitmen bahawa semua jawatan dalam UMNO terbuka untuk ditandingi. Ini memperlihatkan Umno lebih demokratik.

2. UMNO tidak harus terbelah dua seperti terjadi pada tahun 1987 biarpun keterbukaan diterjemahkan semula pelaksaannya.

3. UMNO harus terus diperkukuhkan biar pun kekecundangan telah membaluti prestasi dalam PRU 14 dengan menerapkan semangat bekerja sepasukan.

4. Keutamaan untuk menjaga jemaah UMNO lebih penting dari sesuatu jawatan yang ditandingi. Kerana sesuatu jawatan kelak merupakan suatu amanah dan bukan habuan politik. UMNO kini terkeluar dari gelanggang kekuasaan.

5. Tempoh berkempen tidak harus dijadikan pentas untuk membunuh perwatakan calon-calon yang menawarkan diri. Ianya hendaklah dilakukan secara persahabatan dengan semangat ukhuwah.

6. Saya sangat berlapang dada dan berfikiran terbuka untuk kelak menerima siapa sahaja yang menang untuk membentuk kepimpinan UMNO yang kuat.

7. Kita hendaklah menjadikan pertandingan ini dengan niat untuk menghadapi seteru politik di luar sana dan bukan mencipta permusuhan sesama sendiri.

8. Jangan jadikan 'menang jadi arang dan kalah menjadi abu' sebagai tunjang pertandingan ini.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1144335092371733&id=188294724642446

PH Perlu Beri Penjelasan, Salah Guna Kuasa Dan Pelantikan Penasihat Kerajaan Bercanggah Perlembagaan


Presiden Penaja Pemantau Malaysia Baru, Datuk Lokman Noor Adam dengan tegas meminta pencerahan daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang nyata telah bertindak di luar skop Perlembagaan Malaysia dan ‘rule of law’ yang kerap dilaungkan.

Katanya, dalam isu perlantikan Majlis Penasihat Kerajaan, Kerajaan PH tidak mengikut prosedur serta mencabar keutuhan Perlembagaan Persekutuan.

Berhubung perkara tersebut beliau melontarkan persoalan seperti berikut:

1. Prosedur apakah yang digunakan oleh Perdana Menteri dan kerajaan PH bagi perlaksanaan perlantikan ‘Council of Eminent Persons’ sebagai ‘penasihat’ kerajaan Malaysia? Adakah perlantikan terus yang dilakukan oleh PM bercanggah dengan Perkara 132(2) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa, ‘kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata selainnya oleh Perlembagaan ini, kelayakan bagi pelantikan dan syarat-syarat perkhidmatan orang dalam perkhidmatan-perkhidmatan awam, selain orang dalam perkhidmatan yang disebut dalam perenggan (g) Fasal (1), boleh dikawal selia melalui undang undang persekutuan dan, tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang yang sedemikian, oleh Yang di-Pertuan Agong.

Kerajaan PH jelas tidak mengikut mana-mana SOP atau dasar bagi perlantikan penasihat yang bertindak selaku ‘kabinet mini’ ini. Sebagai kerajaan yang menobatkan sikap telus, adil dan saksama dalam segala kegiatan pengurusan negara, adakah ini sistem ‘Rule of Law’ yang telah dijanjikan?

2. Bukankah perlantikan yang sebegini penting haruslah dari pejawat awam kerajaan kerana berkemungkinan terjadinya ‘konflik kepentingan peribadi’ atas sebab-sebab berikut:

a.  Tun Daim merupakan bekas Menteri Kewangan zaman PM Ke 4 iaitu ketika Skandal Forex RM 31.5 billion didakwa berlaku. Sejak bersara, Daim telah menjadi seorang ahli perniagaan besar dalam industry perbankan antarabangsa. Apakah kemungkinan maklumat sulit kerajaan boleh dimanipulasikan oleh pihak-pihak yang dekat dengan Tun Daim seperti kes Zeti yang telah didakwa menyalahgunakan kuasa beliau untuk meraih keuntungan untuk keluarganya?

b. Adakah kemasukkan Tun Daim bersangkut paut dengan kejatuhan saham-saham syarikat GLC di Bursa Malaysia bagi tujuan pembelian oleh pihak-pihak tertentu pada harga rendah selepas ini?
Mengapakah kerajaan Pakatan melalui Menteri Kewangan Lim Guan Eng mendedahkan maklumat dengan sewenang-wenangnya dengan pengetahuan yang ia akan mengakibatkan Bursa Malaysia jatuh selama 30 hari dengan kerugian yang dianggarkan sebanyak RM 12 billion? Siapa yang untung dan kenapa? Saya rasa Guan Eng wajib menjawab kepada rakyat berhubung perkara ini.

Kenapa syarikat Petronas yang mempunyai rizab tunai yang tinggi zaman Dato Sri Najib sehingga RM 164.7 billion (Mac 2018) perlu disenaraikan di Bursa Malaysia? Apakah peranan Petron & San Miguel yang sering dikaitkan dengan anak Perdana Menteri, Mirzan Mahathir dalam kegiatan ini? Siapa yang untung dan kenapa?  Adakah laporan media Filipina yang menyatakan San Miguel bercadang untuk membeli aset kepunyaan kerajaan seperti Petronas itu benar?
https://asia.nikkei.com/Business/Companies/Philippines-San-Miguel-eyes-Malaysia-s-state-assets-sale
Patutlah YB Menteri Kewangan dan Perdana Menteri beria-ia menipu angka hutang negara melebihi RM 1 Trillion, sedangkan angka sebenar yang disahkan oleh Bank Negara dan Moodys sendiri hanya RM 686.8 Billion.

c. Apakah hak Tun Daim untuk menuntut Ketua Hakim Negara dan Ketua Hakim Mahkamah Rayuan meletakkan jawatan? Kalau, faktor umur menjadi persoalan, bukankah keahlian Penasihat Kerajaan PH sendiri ada yang lebih tua dari 2 hakim ini? Bukankah peranan penasihat ini hanya khusus dalam menasihati Perdana Menteri dan kabinet Pakatan? Tindakan Daim boleh dianggap melampaui kuasanya dan bercanggah dengan Perkara 127 di mana perbincangan tindak tanduk seseorang Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi tidak boleh dibincangkan melainkan terdapatnya suatu usul yang khusus? Salahguna kuasa ini juga pernah ditekankan oleh Ramkarpal dan Sri Ram, dua tokoh perundangan negara ini.

d. Apakah peranan sebenar yang dimainkan oleh Zeti Aziz, Daim, Mahathir dan Nor Yakob dalam isu skandal forex sebanyak RM 31.5 billion pada tahun 1990an? Kenapa Zeti juga tidak diheret oleh SPRM untuk memberi affidavit tentang penglibatannya dalam kes 1MDB? Sehubungan dengan itu, apa alasan kerajaan PH melantik Zeti ke dalam majlis tersebut sedangkan beliau merupakan saksi utama dalam kes penjualan saham Southern Bank di mana maklumat sulit kewangan Souhern bank dipercayai dimanipulasikan oleh suami Zeti Aziz iaitu Datuk Tawfiq untuk meraih ganjaran peribadi. Zeti merupakan gabenor BNM ketika itu. Adakah ini calon yang ”eminent” yang bermaksub seseorang yang ‘mulia’ dan ‘terbilang,?

3. Agenda berunsurkan subversif
Isu perlantikan majlis orang ternama ini sebenarnya telah dicadangkan oleh Tun Mahathir pada tahun 2008 di suatu perjumpaan di Hotel Singgahsana. Tun M telah mencadangkan pengisytiharan perlantikan Majlis Penasihat Kerajaan yang akan dipengerusikan oleh beliau. Ahli-ahli majlis ini memainkan peranan seperti Residen British dengan Raja-raja Melayu di mana segala hal pentadbiran dan ekonomi negeri perlu mendapat persetujuan Residen British terlebih dahulu. Dalam kata lain, Dato Seri Najib, selaku Perdana Menteri ketika itu akan dijadikan seolah-olah PM proxy dan Tun M menjadi de facto PM yang memerintah. Pada 2018, Tun M telah membuat pengistiharaan mengejut perlantikan Majlis Penasihat Kerajaan yang bakal diterajui oleh Tun Daim, yang tidak terkecuali dengan pelbagai skandal kewangan (cth PAREMBA, TIME.com).

Tegasnya, persoalannya adakah Majlis Penasihat ini akan secara tidak langsung menggantikan peranan Majlis Raja-raja atau adakah mereka ini memainkan peranan dalam mengenal pasti aset strategik negara yang boleh diswastakan bagi membolehkan pihak tertentu meraih keuntungan besar.

“Adakah wayang Malaysia berhutang RM1 trillion ini bagi menghalalkan pinjaman yang mahu diambil dari Jepun?

“Adakah kerana umur Tun Mahathir sudah 93 tahun, beliau tidak peduli siapa yang perlu melangsaikan hutang yang dibuatnya dalam matawang Yen?”

Soal beliau lagi, adakah membatalkan projek-projek dan kerjasama dengan negara China merupakan cara Tun untuk membalas jasa baik Amerika dan Jepun yang membantu Tun semasa pilihan raya lalu?

“Sedarkah Tun, dengan kejatuhan matawang Yuan dan pengukuhan USD dan YEN selepas ini akan menyebabkan beban hutang yang terpaksa ditanggung oleh rakyat akan menjadi lebih tinggi walaupun kadar bunganya rendah?

“Tun, mungkin fikir kami rakyat Malaysia ini “uneducated”, tapi kami bukan bodoh dan tidak boleh membaca hasrat Tun,” bidasnya dalam satu kenyataan hari ini. 

– MediaUMNO

http://www.umno-online.my/2018/06/15/ph-perlu-beri-penjelasan-penyalahgunaan-kuasa-dan-pelantikan-penasihat-kerajaan-bercanggah-perlembagaan/amp/?__twitter_impression=true

Wednesday, 13 June 2018

Kenyataan media Pemantau Baru berhubung skandal Zeti dan sikap Pakatan Harapan yang membisu



Pemantau Malaysia Baru menyeru agar pihak kerajaan Pakatan Harapan, SPRM dan PDRM segera mengambil tindakan untuk mengheret Tan Sri Zeti ke Ibu Pejabat SPRM bagi melakukan soal siasat berkenaan peranan beliau selaku Gabenor Bank Negara Malaysia ketika duit derma untuk mempertahankan kerajaan Islam dimasukkan ke dalam akaun peribadi DSN.

Berdasarkan laporan SPRM yang didedahkan baru-baru ini oleh Portal The Third Force, beliau merupakan saksi utama atau ‘key witness’ dalam cerita fitnah ini kerana atas nasihat professional beliaulah, DSN telah bersetuju untuk memasukkan duit USD 681 juta itu dalam akaun peribadinya. Zeti juga telah mengesyorkan DSN bahawa tindakan memasukkan duit tersebut telah dipersetujui pihak lain seperti SPRM, LHDN dan sebagainya. Kini bila isu ini disensasikan oleh kerajaan Pakatan Harapan, Tan Sri Zeti membisu seribu bahasa dan buat-buat tidak tahu. Agenda sinis sesetengah pihak dan pihak kerajaan Pakatan amat mencurigakan dalam isu 1MDB ini.

Soalan yang patut ditanya oleh rakyat jelata ialah :

1. Kenapa Zeti tidak mendedahkan fakta ini melalui affidavit secara sukarela ke SPRM? Apa agenda tersirat beliau? Adakah tindakan Zeti dipengaruhi oleh pihak ketiga?

2. Apakah kaitan Zeti, Mahathir, Daim dan Nor Yaacob dalam skandal Forex dan MAS tahun 80-an dan 90-an? Malaysia rugi lebih daripada 40 billion tetapi kenapa pula kerajaan PH tidak membuka balik fail siasatan malah memperleceh dapatan RCI Forex tersebut dengan mengatakan bagaimana kerugian RM 10 billion boleh melonjak menjadi lebih RM30 billion? Kalau hasil dapatan RCI Forex kita tidak boleh terima dan kita bakul sampahkan, apa guna belanja duit pembayar cukai hendak tubuh RCI 1MDB? Adakah jika hasil RCI 1MDB mendapati Dato’ Sri Najib tidak bersalah, dapatan RCI 1MDB pula akan diperlekeh oleh Guan Eng dan Pakatan Harapan? Jika Amerika Syarikat dan negara-negara lain boleh menyiasat ketua kerajaan mereka, kenapa pula Pemimpin Pakatan Harapan diberikan Kekebalan? Adakah tujuan Kekebalan Raja-Raja Melayu ditarik tahun 1993 kini diganti dengan Kekebalan Pimpinan Pakatan Harapan?

3. Kenapa sehingga kini tiada siasatan keatas Zeti, suaminya dan dua anaknya yang dikaitkan dalam skandal telaga tiub semasa Kementerian Pelajaran dibawah Tan Sri Muhiyiddin? Adakah Zeti beria-ia menyokong Pakatan Harapan kerana terhutang budi kepada Muhyiddin kerana Syarikat Al Zair yang dipengerusikan oleh ayahnya Prof Diraja Ungku Aziz menerima habuan daripada MOE, manakala kedua-anaknya, Alif Ayman dan Aziz Ayman serta suaminya Dato Tawfiq mengetuai pengurusan syarikat ini. Syarikat Al Zair telah membekalkan sistem pam untuk telaga tiub yang dikatakan tidak mengeluar airpun. Yang peliknya, bagaimana syarikat tersebut dianugerahkan pula kerja-kerja menyelenggarakan telaga tiub tersebut.

4. Dalam skandal kedua yang melibatkan CIMB-Southern Bank di mana Dato Tawfiq dikatakan telah menerima komisen haram untuk membantu pihak ketiga mendapat keuntungan besar hasil dari pembocoran maklumat kewangan sulit Southern bank. Mungkin dah tiba masanya Zeti berkata benar, adakah beliah yang telah memberi maklumat terperinci atau sulit mengenai perihal kewangan jual beli Southern Bank yang telah digunakan oleh suaminya Dato Tawfiq Ayman untuk mengaut keuntungan besar? Adakah isu ini mahu didiamkan juga oleh Kerajaan Pakatan Harapan? Apa jaminan maklumat perbincangan Council of Elders pula tidak akan dibocorkan atau disalahgunakan?

*Bagaimanakah seseorang yang mempunyai rekod yang sebegini teruk dapat melepasi jerat SPRM?* Siapakah yang melindungi si Zeti dan mengapa kerajaan PH yang melaungkan slogan ‘Rule of Law’ masih senyap?

Dalam menuding jari dan membuat dakwaan bertubi-tubi tanpa bukti yang nyata ala gaya zaman ‘Inquisition’ di Eropah, kenapa kerajaan kini tidak bertindak kepada pemimpin-pemimpin pro-Pakatan, terutamanya mereka yang memegang jawatan besar seperti Zeti selaku penasihat kerajaan. Kini, semua rakyat di Malaysia terutamanya golongan belia dapat melihat dan menilai sendiri siapakah PH sebenar serta agenda yang tersirat di sebalik fitnah 1MDB.

Lokman Adam
Presiden Penaja
Pemantau Malaysia Baru

http://www.malaysia-today.net/2018/06/13/kenyataan-media-pemantau-baru-berhubung-skandal-zeti-dan-sikap-pakatan-harapan-yang-membisu/

NOTIS PENGOSONGAN RESTORAN PERCUMA JLN PAHANG DALAM SAMBUTAN RAYA. MOHON PENANGGUHAN

Datuk Seri Jamal Md Yunos memohon agar penangguhan pengosongan serta merta tapak premis Restoran Gabungan NGO 1 Malaysia Jalan Pahang Kuala Lumpur seperti Notis pemberitahuan yang berkuatkuasa 18 Jun ini di tangguhkan.


Menurut Jamal tarikh dari notis yang diberikan oleh Pentadbir Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu tidak kena pada masa dan terlalu singkat untuk mengosongkan tapak restoran itu.

“Penangguhan tersebut atas dasar memberi ruang dan masa untuk pihak kami melakukan proses mencari lokasi baharu untuk pemindahan barang serta peralatan di Restoran Jalan Pahang kini.

Selain itu juga, para petugas di Restoran Jalan Pahang telah pun mula bercuti untuk menyambut Hari Raya yang dijangka pada Jumaat ini.

Jamal berkata, operasi restoran itu dalam menyajikan makan tengahari percuma kepada rakyat Malaysia tidak mengira bangsa mahupun idealogi politik tidak sesekali mengaut sebarang keuntungan malah hanya bertujuan membantu rakyat.

Restoran Jalan Pahang dibuka dengan tujuan untuk memberi makan tengahari secara percuma kepada warga kota bagi meringankan beban perbelanjaan harian.

Pihak kami tidak pernah sesekali mengambil sebarang keuntungan sepanjang Restoran ini beroperasi.

Sumber
http://watan-online.com/87071-2/



“Niat kami ikhlas, kami juga mahu membantu golongan muda atau orang ramai yang terpaksa ikat perut kerana tidak mampu untuk makan tengahari,”